Wednesday, September 16, 2009

Nasi Tomato n Ayam Masak Merah versi Incik Boolat

Minggu lps balik Bilut.. Kak nah ada buatkan nasik tomato.. Mmg sedap la.. smpai tergugat diet aku... 2 pinggan aku bedal nasik.. pastu balik KL je, tetiba Incik Boolat ckp nk masakkan nasik tomato utk kak lin sementara kak lin masih kat kl.. so Incik Boolat dgn sukarela menawarkan diri utk masak.. Ye la.. aku ni xpndai sgt masak2 camni.. masak simple2 pndai la,....
Walaupun 1st time Incik Boolat masak nasi tomato nih, mmg menjadik... Sedap, cuma................. Ayam masak merah sedikit masam (sbb dia terlebih masukkan tomato puree)... Gulai Daging sedikit kurang menarik (sbb kurang rempah).. Tp nasik tomato mmg best n tip top la.. So kalo wat berniaga mmg laku kot.. ehehhe
Sini aku tepek skit gmbr2 yg sempat kitorg snap sblm masuk perut...

Nasik tomato yg mmg best
Ayam masak merah sedikit masam,.. Tp licin aku bedal

Tuesday, September 15, 2009

Berbuka puasa- Edisi 2 @ Legend Hotel

Bln puasa.. Bln makan-makan.. Ni edisi ke-2 utk thun ni... di Legend Hotel KL.. Ada lagi 1 edisi aku lum upload.. Dan lagi 1 edisi menanti.. Esok lak,. edisi penutup untuk puasa tahun nih.... hihihihi.. mcm mana aku nk diet kalo asik org belanja je.. Dpt lak bos yg mmg akan bwk 2 staff dia ni g berbuka kat mana-mana.. Memang ler kenyang...
Majlis Berbuka posa ni opis aku yg anjurkan utk pihak JKR.. Kenapa ngan JKR? Sbb opis aku skrg ada projek ngan JKR.. So kna la jaga diorg...
Ni ada skit je la gambor kali ni sbb xde geng...

Aku dan Aiskrim ku...
mangkuk aiskrim da kosong..
Mr QS.. dia ni xleh ilang.. Sbb org pnting... Kalo xde dia, xde gaji taw.. ekekke
menu campur-campur.. main bedal.. sedap rupanya
Cian si kambing nih... kna golek.. ekekekeke

Thursday, September 3, 2009

Seronok Dpt J.Co Donut

Wah... Saye dpt J.Co donut..Eh.. Bukan saye, tp Incik Boolat...
Ahahaha.. Smlm aku g berbuka posa ngan kengkawan n bos.. terpaksa tinggalkan Incik Boolat aku berbuka sorg2 kat umah.. So kna la kasi upah mau pujuk ati Incik Bulat nih.. Lps berbuka kat Marriot, aku masuk balik Pavillion n bergegas g bli donut yg aku jnjikan... Sib baik org xramai.. So xpyh beratur pnjang2 nk beli....
Balik umah, Incik Boolat belasah 3 bijik donut nih.. ahaha.. balas dendam katanya.. ekekke.. Xpe la.. asalkan puas ati aku...
Tgok.. ni donut saye je tau.. Mama xleh makan....
Amik gambar dulu sebelum masuk perut....

Yummy... Nikmat xterhingga... ekekekeeke....

coretan kecil : puas ati tgok syg makan camtuh

Wednesday, September 2, 2009

Cak... Nur Zalikha datang...


Tuesday, August 25, 2009

Berita kurang gembira untuk dikongsi

Last week g HKL wat check up sbb period aku yg xregular nih.. So, doc nasihatkan wat pap smear.. Lps wat pap smear, wat scan... Lps scan tuh, doc panggil utk bgtau keputusan check up... Huhuhuhu.. ada berita kurang sedap yg aku dengar...

Doc ckp, telo2 aku membengkak dan byk dari biasa... @ lebih dikenali PCOS... Huwaaaaaa sdih sgt bila dgr.. tp doc ckp... cuma peringkat awal.. xde ape masalah.. skrg nih cuma kna kurangkan berat badan je.. doc kasi aku Metformin utk kurangkan berat bdn...
Balik opis.. Mmg rasa sedih sgt... Pikir camne la aku nk peknen..nk ada baby cam orang lain.... Huhuhuh sedih sgt...

utk kongsi bersama pasal PCOS nih...

Polycystic ovary syndrome atau PCOS adalah suatu keadaan di mana kilang telur atau ovari pada seseorang wanita menjadi bengkak oleh sebab benih-benih telah terperangkap dalam ovari dan tidak boleh menetas pada waktu subur. Maka apabila berlaku keadaan seperti ini lama-kelamaan ovari akan membengkak dan menimbulkan berbagai jenis masalah pada wanita tersebut.

Kejadian penyakit ini kian meningkat di kalangan wanita-wanita Malaysia ke taraf yang membimbangkan kerana ia menjejaskan kesuburan dan keupayaan mereka untuk hamil dan melahirkan anak.

Wanita yang gemuk, pusingan haidnya tidak teratur dan tumbuh rambut pada kaki, badan atau muka berwaspadalah mungkin anda mengalami masalah kilang ovari bengkak atau ‘polycystic ovary’.

Apakah tanda tanda penyakit Polycystic Ovary?

1) Tidak Subur atau mandul - Kebanyakan dari pesakit-pesakit PCOS datang berjumpa doktor pakar sakit puan sebab sukar hendak hamil walaupun telah lama mencuba. Ada yang telah beberapa tahun berkahwin tetapi masih belum medapat zuriat. Ada yang berjaya mendapat anak pertama dan gagal untuk hamil lagi selepas itu. Mereka ini mudah meningkat berat badan mereka dan seringkali peningkatan ini berlaku secara mendadak.

2) Haid tidak teratur - Tanda yang biasa ialah haid yang tidak teratur, biasanya lambat datang haid dan kadang- kadang jarak antara haid menjadi begitu jauh sekali sampai hingga 3 atau 6 bulan barulah datang haid yang berikutnya. Ada setengah wanita pula sampai setahun tidak datang haid.

3) Gemuk - Tanda lain ialah peningkatan berat badan menyebabkan wanita itu gemuk atau obese. Seringkali peningkatan berat badan ini berlaku secara mendadak selepas ia berkahwin dan pada ketika itu pusingan haid pun menjadi lebih tidak teratur dan kesuburan mereka sangat kurang ataupun langsung tidak subur kerana telur tidak dapat menetas.

4) Darah haid sikit atau/dan berpanjangan - Wanita pula mengalami selain daripada pusingan haid yang begitu panjang jangka waktunya, ialah perdarahan haid yang mungkin berlaku dengan sedikit sekali, tidak seperti biasa haid akan keluar dengan sederhana selama seminggu. Tetapi wanita yang mengidap penyakit polycystic ovary akan mengalami haid yang sangat sedikit hanya menitis selama 2 atau 3 hari. Ada juga dikalangan mereka yang mengalami perdarahan yang berpanjangan sampai 15 hari ataupun 30 hari tanpa berhenti.

5) Tumbuh rambut - Setengah wanita pula tanda-tanda lain ialah tumbuh rambut pada kaki, tumbuh misai dan janggut dan juga tumbuh rambut pada bahagian tangan dan ada kalanya di bahagian dada. Ini menandakan peningkatan dalam hormon lelaki dalam darah wanita tersebut. Iaitu satu keadaan yang sering berlaku dikalangan pengidap penyakit polycystic ovary.

Bagaimana Ia terjadi

Sebenarnya punca bagi penyakit ini tidak diketahui. Mungkin satu keadaan semulajadi di mana terdapat kelainan atau gangguan pada enzim yang mengawal pembentukan hormon. Oleh itu biasanya jika dikaji paras hormon dalam darah, kita dapati wanita tersebut terganggu dalam hormon kesuburan mereka iaitu tahap hormon FSH (normal), LH – tinggi, hormon estrogen – tinggi, hormon progesterone – rendah, hormon testosterone (iaitu hormon lelaki) – tinggi. Adalah dipercayai bahawa peningkatan berat badan ada kaitan dengan peningkatan hormon testosterone dengan estrogen dalam darah wanita tersebut.

Mungkin ada ciri atau pengaruh kebakaan atau keturunan dalam penyakit ini. Walau demikian faktor pemakanan iaitu dari segi tabiat dan jenis makanan yang mengandungi banyak karbohidrat dan gula, perisa dan pengawet makan mungkin mempunyai peranan penting dalam kejadian penyakit PCOS.

Faktor stress atau tekanan fizikal dan mental yang timbul dari suasana tegang dalam perkerjaan dan rumah, pergeseran dan konflik di kalangan keluarga atau saudara-mara dan dalam kenderaan ketika memandu mungkin juga ada memainkan peranan dalam kejadian penyakit ini.


sumber: seripesona



Monday, August 10, 2009

GATAL TANGAN

Adoi... gatai tgn dok tgok blog org lain lawa...
aku pun dok nk make up blog aku...
last berterabuq!
perlukan masa untuk perbaiki..
ARRGGHHHHH

Ulangtahun Abg Azri n Kak Azni ke-30...

Bln 8 nih bln sambutan B'day.. Ramai lak family members yg b'day bln 8 nih.. Ari ni bday Arwah abang yang ke-30... Azri bin Non dilahirkan bersama kembarnya, Azni Bt Non.. Tp umur si kembar xpanjang, cuma sempat hidup untuk seminggu ja...
Huhuhuh.. terasa sedih dan rindu teramat pada abang... Dulu masa ada, tau gaduh je.. Pantang jumpa, msti gaduh... Skrg bila da xdak untuk selamanya, baru la terasa menyesal..
Sedar xsedar, da masuk 8 thun abg meninggal... Rasa mcm kejap sangat.. Masa arwah meninggal, akulah yang "paling kuat"... Mak n akak da lembik terlalu sedih.. Aku? mmg aku sdih.. tp menangis dlm ati je la... nnt kalo smua sedih n lembik.. sapa nk uruskan umah...
Abang, maafkan kak cik di atas segala silap dan salah kak cik...
Moga abg tenang di sana....

coretan kecil: rindu dan sayang pada abang xpernah luntur...andai dapat diulang putaran masa... ingin kak cik memohon segala ampun dan maaf darimu...

Friday, August 7, 2009

Penyakit O Penyakit

Hari ni da mula pakai mask.. Rasa risau semakin menebal bila bos da kna kuarantin... Bos MC hari Isnin n Selasa ari tuh.. pepagi da dpt sms " Saya Mc hari ni, xsihat"... Ades... da risau bila igt skrg nih musim berpenyakit menular sana sini.. Mtk2 la bos demam biasa je.. Pastu Rabu bos masuk opis jap... dia sain mana2 surat yang sepatutnya, lps tuh dia kuar g klinik lak.. Demam masih lum baik.. Tgahari, dpt Sms lagik "Saya sambung Mc ari ni n esok"... uish.. biar botui.. teruk gak demam bos aku nih....
Semalam bos sms, dia kat spital. Tgh tggu turn nk check up... Pastu dia ckp dia tgh tggu keputusan darah... Dlm kul 2, dpt sms lagik "SAYA POSITIF INFLUENZA A" adusssshhh.. takutnye aku.... Sib baik spnjang demam dia xde masuk opis lama2.. dtg ari rabu tu pun xsmpai sejam.. pastu dia kuar.... So skrg nih bos da kna kuarantin 1minggu kat umah... Aku? masih sihat dan tak ada petanda demam @ apa2...
Cuma semalam, balik keje, bergegas g The Mall cari mask.. Masuk farmasi Guardian ngan Watson.. leh lak xde stok... Siap sound bdk keje situ "dik, skrg nih musim berpenyakit.. ramai org nk pakai mask... order la byk2.. org akan dtg cari brg ni kat farmasi... org x g cari kat kdai runcit,"... cian budak tuh xpasal2 kna sound ngan aku.... sorry ye.. ahahaha
Sib baik la ada jual gak mask nih kat Cold Storage.. mmg byk stok kat situ.. Maybe org igt kat situ x de jual mask nih kot sbb smua org serbu farmasi je nk cari bnda nih... So kitorg beli la mask nih.. Incik Bulat lak pilih yg kaler itam... katanya nk lain dari yang lain.. Balik umah je mula la menorai..
Pagi tadi kuar umah pakai mask, rase cam alien pun ada, mcam perampok pun ada, mcm misi pun ada.. ahahaha.. rasa berkuap lak mulut nih.. pakai je la.. sabor2.. Masa jalan g LRT, org tgok semacam je... mcm aku wat salah lak.. lantak ler.. asalkan aku xde apa2..
Itulah rakyat Malaysia yang tahap kesedaran masih rendah.. Lagi sakit ati bila ada yg batuk2 xreti2 nk tutup mulut.. nak je aku salotapekan mulut tuh ngan salotape paling kuat.. apa da...

gmbr ehsan dari g00gl3...

coretan kecil : masih sihat.. tp kerisauan melanda jugak...

Wednesday, August 5, 2009

My Luvly Sista... Happy Birthday

Jumaat lepas Birthday Along Najiha (anak sulong akak aku)... Smlm (4/8) birthday mama dia lak @ akak aku... eheheh.. b'day dekat2 diorg nih...

Dah 35 tahun umur akak aku nih... dialah kakak paling baik dlm dunia... Kakak yang sanggup berkorban segalanya demi mak dan adik-adik.. Kakak yang sanggup berlapar, demi menyekolahkan adik2 supaya menjadi insan berjaya.. Kakak yang mengorbankan masa mudanya dan tidak sempat menikmati alam remaja seperti orang lain...
Seawal umur 18 tahun dia da mula kerja mencari rezeki, terpaksa lupakan impian dan cita-cita.. Masa depan adik2 lebih penting baginya... Pernah aku terbaca coretannya " Sedih bila tgok adik-adik berkata SEDAPNYA KFC bila depa tgok iklan di TV, aku berjanji nnt akan aku belikan untuk mereka"... itulah janji seorang kakak kepada dirinya untuk membahagiakan adik-adiknya walaupun kami ketiadaan ayah...
Mungkin di atas pengorbanan dia yang hampir 20 thun, kini dia mendapat ganjaran yang setimpal dan lumayan.. Dikurniakan rezeki yang murah, suami yang penyayang dan anak2 yang cerdik...
Terima kasih kakakku AZURA NON kerana menjadi kakak kami.. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan dikurniakan rezeki yang lebih...

coretan kecil : dia kakak terbaik yang pernah aku jmpa...

Friday, July 31, 2009

Happy Bday Along Najiha....


Happy Birthday Along Najiha yang ke 14...
Moga Along Panjang Umur dan murah rezeki...
Moga Along dpt capai apa yang Along nak...
Moga Along terus menjadi kebanggaan keluarga...
Moga Along dapat tunaikan impian mama, abah n keluarga..
Teruskan usaha untuk capai cita-cita Along...
Jadi anak yang solehah untuk mama nk abah...
Cucu yang terbaik untuk tok..
Kakak Yang Baik untuk adik-adik..
Anak sedara yg baik untuk maklang n paklang & Pak njang....

p/s: Along demam di hari jadi dia.. risau lak musim2 demam camni.. Mama along da bwk g Klinik.. moga xdak apa2

Wednesday, July 29, 2009

KedaiGambarKami Give Away















Sbnarnya ni 1st time join camnih.. saja mencuba2.. mcm menarik.... byk blog yg saye jengah, kebanyakkan utk mummy2 je... saye lum jadi mummy camne nk join.. memandangkan nih agak simple.. saye cuba la join.. mana la tau bertuah dpt adiah :P
Kepada tuan umah , selamat memilih mereka yang bertuah.......

Al-Fatihah Untuk Abah

Semalam (28 Julai) genap 21 thun pemergian Abah tersayang... Mcm xpercaya rasanya dah 21 thun abah meninggalkan kami dan selama itu kami bergelar anak yatim.
Pemergian abah terlalu awal, disaat akak sulong berumur 14 thun dan yang bongsu baru berumur 2 thun... Masih kecil kami ketika itu.. disaat kami memerlukan belaian kasih sayang seorang ayah seperti orang lain.
Disaat orang lain gembira dan bahagia bersama ayah mereka, tp kami berempat (kak, abang, aku n adik) cuma melihat dari jauh.. Nak menumpang kasih? Pada siapa? Kami cuma ada emak yg menjaga dan membesarkan kami...
Ada yang datang menawarkan diri untuk menjadi pengganti abah, namun cinta mak hanya pada abah.. Tiada galang ganti... Mungkin itu janji mak pada abah, untuk bertemu di syurga kelak.
Perit jerih mak membesarkan kami dengan kesabaran yang ada.. Sedikit bekalan yang abah tinggalkan untuk kami, mak gunakan sebaiknya supaya kami membesar macam orang lain. Supaya kami xrasa kekurangan. Agar kami dapat apa yg org lain ada.. Makan pakai kami xpernah kurang, kadang2 melebihi pun ada... Abah xtinggalkan harta berjuta... Tp abah tinggalkan kami, mak yang penyabar dan kuat.. Jarang mak tunjukkan perit jerih dia membesarkan kami... Alhamdulillah, kami dpt berdikari hingga kini.
Namun, sesekali ada yang prihatin dtg membantu, kami terima seadanya.. Tiap kali menjelang raya, ada saja rezeki yang datang, kami terima seadanya.. terima kasih kepada mereka yang IKHLAS membantu dan memberi...
Tapi.. ada juga yg tidak ikhlas.. Hanya manis di depan saja... Aku xkan lupa 1 peristiwa sewaktu aku terpaksa menumpang seseorang utk balik dari asrama ke rumah bila hujung minggu.. Memandangkan anak "dia" belajar sama dengan aku, aku terpaksa tumpang dia sebb hari dah petang kalo aku nk naik bas.. Kebetulan abg ipar aku pulak ada hal xdpt amik aku, so nk xnk, aku tumpang je la... "dia" mmg pendiam dan susah diramal.. Tp 1 ayat yang aku xkan lupa, bila kereta yang aku tumpang melepasi sebuah masjid dan ketika itu orang Maghrib bakal menjelma... kata-katanya padaku terlalu tajam "kalau x, dah boleh nk p masjid malam ni, ni xpsai2 dok atas jalan kena hantaq orang pulak," tersentap bila aku dgr ayat tuh... Aku diam dan pendam.. Xcerita pada sesiapa terutama mak.. Cuma bila da besar, aku critakan pada ank sedaraku supaya dia insaf. Mmg aku masih lagi pndam apa yg dia kata... Biarkan, tgok sejauh mana keegoan dia..
Lupakan pasal "dia" sbb skrg dia dpt pembalasan sedikit demi sedikit... Sambung bercerita pasal kami...
Sekarang nih, bila tgok kami bertiga (dulu 4, tp abg da meninggal) da membesar camni, aku nmpak kegembiraan mak.. Dapat besarkan kami tanpa abah disisi tp dengan semangat abah yang ada pada mak.
Baru-baru ni mak ada ckp, byk rupanya cerita yang aku xtahu... Cuma ringkasnya.. mereka yang makan harta anak yatim, sekarang menerima pembalasan sedikit demi sedikit... Biarlah.. ada masa nnt aku bercerita lagi pnjang...

coretan kecil : ABAH.. Sesungguhnya Kami merinduimu....
terima kasih pada emak yg membesarkan kami.
terima kasih pada kak yg banyak berkorban untuk adik2..
terima kasih pada abang ipar yg menjaga kami seadanya..
terima kasih pada arwah paklang pin yang byk tolong...
terima kasih pada ciklin dan keluarga yang banyak berjasa...
terima kasih pada semua yg membantu dalam ikhlas @ x....

Wednesday, July 22, 2009

Dah 8 bulan

Smlm 22/7/09.. Rupanya da 8 bln aku bergelar isteri kepada Incik Bulat aku... Rasa cam baru je aku bersanding ngan dia... Macam xpercaya pun ada yg dah 8 bln kami idup sebagai suami isteri. Susah senang bersama.. Gelak tawa berdua.. Sedih tangis bersama... Gaduh2 manja kadang2 bila rasa mengada...
Lapan bulan kami berdua, mcm2 dugaan kami hadap... Tapi cuba kuatkan hadapi segala... Kadang-kadang hati kecil menangis sbb ingin seperti org lain yg dalam gembira menanti org baru dlm keluarga.. Namun kami? masih kosong...
Kami xhidup dalam kemewahan.... Xseperti org lain, tp tak apa... mungkin sekarang, setakat ini rezeki kami berdua.. Terima seadanya dan terus berusaha untuk menjadi lebih baik..
Papa, terima kasih kerana menyayangi ma seadanya... terima kasih sbb sabar layan kerenah ma yg kadang2 cpt panas.. Terima kasih sbb jadi suami ma... TERIMA KASIH SAYANG



Di saat menamatkan zaman bujang dan setapak ke Alam Rumah Tangga











Kita ke sana yer sayang... :P










Ramai org ckp kami sama









Suapan kasih sayang...





coretan kecil : masih belum masanya untuk kami bertiga... bersabar dan terus berusaha agar hasil kunjung tiba

Friday, July 17, 2009

Layan Tag dari kak Apple Ijau

Dlm dok berlakon wat2 bz, smpat lagi aku layan tagged dari kak Apple Ijau nih... :P

1. Sejak bila anda rasa jatuh cinta???
masa skolah rendah kot... 1st time tgok cikgu praktikal ensem..... kalo ngan en bulat, 1st ckp tpon da mula jatuh ati :P

2. Berapa kalikah anda pernah jatuh cinta???
1,2,3,4, erm..x hengat lak

3. Dimana anda mula2 berkenalan???
melalui membe... Incik bulat tgok aku dulu.. aku lum pernah tgok dia,... pastu dia dpt no tpon, berkenalan dlm tpon.... pastu kuar dating

4. Berapa lama korang couple???
lpas sebulan kenal, pastu jmpa akak dia.. pastu dia jmpa family aku.. lps stahun couple, bertunang

5. Korang berdua mempunyai persamaan tak?
ada kot... sama2 montel... sama2 rajin masak.. sama2 kuat kentut.. yg best, ramai org ckp muka kami sama mcm adik beradik....

6. Kalau korang berdua dating pegang tangan tak?
Pegang la... nnt org ckp "pasangan sesuai..3G" GEMUK GEBU GEMPAL"

7. Kalau ada orang lain nak dengan pasangan anda , apa reaksi anda?
Kalo berani amik r... jgn amik hak org, nnt org amik hak kita

8. Jika dia tiba2 hilang tanpa pengetahuan anda apa yg akan anda lakukan...?
Hilang arah jap la sementara nk jmpa balik.

9. Pernahkah anda bermimpi atau teringatkan kekasih lama???
Penah... tp xbrani bgtau Incik Bulat.. nnt dia jeles

10. Pernah tak anda bercerita tentang kekasih lama anda kpd pasangan anda sekrg???
Penah... tp dia x suka nk dgr kisah silam tu.....

11. Hadiah paling berharga & indah adalah..?
Kesetiaan dan Kejujuran....

12. Pasangan anda suka kanak-kanak???
Suka sgt....kalo balik kg, anak sedara aku berkepit ja ngan dia

13. Anda nak berapa ramai anak dengannya...?
Aku nk 4 ja.. tp dia nk ramai... cukup team bola

14. Apa yg ingin anda hadiahkan kpd pasangan anda tetapi tidak berani nk bagi?
ubat kurus.. wakakkakaa.. kang kalo dia selim.. aku gemookss.. ramai lak peminat dia


15. Siapa yg ingin anda tagged selepas ini???
Mama airell, kak intan, iedaimmi n sapa2 ja yg rajin nk layan :P

Thursday, July 16, 2009

Risau


Tadi akak aku call.. bgtau asben dia (abg ipar aku) xsihat.. tetiba tekanan darah dia naik tinggi sgt.. Akak aku yg xbrape cekap nk drive tuh, terpaksa la drive sndirik bwk abg ke klinik.. g cek doktor, mmg tekanan naik tggi sgt.. Kna masuk wad.. Tapi abang aku xnak.. Dia nk dok umah.. Maybe dia fikir xnak susahkan orang lain, nk kena ulang-alik ke hospital nanti...
Abg ipar aku nih da mcm abg sendirik, bila dia kawin ngan akak, dia otometik jadik abg kitorg... Dia mmg caring.. Jaga kami dari kecik... Dari aku umur 11 thun smpai skrg, dia mmg jaga sebaiknya... Tak pernah beza kami ni adik ipar dia.. Duit kupang dia xberkira, makan minum kami pun dia jaga sebaiknya. Igt lagik, 8 thun lepas, masa arwah abang aku meninggal.. Aku terdengar abg ipar menangis dlm bilik masa dia call abg dia.. Tersentuh sangat... Baru aku tau, betapa sayangnya dia pada kami sekeluarga.
Susah nk dapat abg ipar sebaik tuh.. Kalo aku balik dari KL @ mlk, sampai Alor setar tgh2 mlm, dia g amik aku kat shahab perdana.. Walaupun ada teksi, dia xkasi naik teksi, dia rela bgun ngan akak, g amik aku...
Masa aku nikah ari tu, nmpak kesedihan dia nk lepaskan adik dia pada org lain.. Masa kat masjid, dia merenung dari jauh.. Masa hari kenduri, dia jadi tuan umah walaupun sepatutnya abang2 sepupu aku yang lebih layak.. Dia pikul tanggungjawab.. Berdiri di tengah panas menerima kehadiran tetamu... Itulah dia Nordin Bin Yaacob, suami kepada akak kesayangan aku, abah kepada 3 orang anak sedara aku yang sedang membesar...

Ni lah family akak aku.. Anak2 dia yang membesar dpn mata aku...
Moga kebahagiaan mereka untuk selamanya..

coretan kecil : akan cuba untuk mencari kerja di sebelah sana... supaya senang nk balik bila ada terkejut tergempar...

Tersentuh

Tak tau kenapa hari ni aku tersentuh.. Hati tiba-tiba menangis seolah-olah inginkan sesuatu.. Ya.... Aku inginkan sesuatu.. Aku teringin BABY... Aku teringin nk peknen, teringin nk dengar khabar itu... Teringin suamiku (Incik Bulat) mendengar khabar itu agar senyuman dia sampai ke telinga setiap masa.
Aku cuba memujuk diriku agar kesedihan ini pergi dari sini.. Biarkan ia singgah hanya seketika untuk memberi aku peringatan... Aku cuba berfikir positif supaya aku boleh bergelak ketawa kembali...
Mungkin ada hikmah sebalik kenapa kami belum dikurniakan zuriat.. Mungkin lambat sedikit dari orang lain... Kata-kata dari kawan-kawan byk memberi aku semangat kerana mereka menyokong aku.. Terima kasih kerana memahami.... Malah mereka lebih lama berkahwin dan belum dikurniakan zuriat, tetapi mereka gembira... Sering mereka katakan pada aku, "skrg masa untuk berdua dan berbulan madu,"...
tengok... anak buah aku mmg manja sgt ngan paklang dia.. kalo balik kg pun, msti dia berkepit je ngan paklang dia nih....
masa untuk berdua dulu.. peluk rapat-rapat yer
coretan kecil: mungkin masih belum rezeki... terima dengan apa yang ada... bersabar+usaha+doa... apa yang penting.... KERJASAMA

Monday, July 13, 2009

Durian di Pagi Hari

Pagi ni da ada rezeki smpai kat umah aku... Inar jiranku ditingkat 20 (walaupun flat aku dok hanya 5 tingkat) dtg menghantar sebekas durian pada aku... Terkejut la aku, bila aku call inar, dia ckp dia dpn umah aku.. mcm xpercaya lak.. bila skodeng kat tingkap, btul ler, inar ada dpn umah... Dia kasik aku bekas yg berisi buah durian... Erm.. marbeles... Mekasih nar.. muahhhhh...
Mmg sdap la nar durian nih.. Yum yum,... baru jamah seulas je, sbb tadik kalut siap sbb da lambt.. Balik jap lagik leh la makan durian yg da simpan dlm peti ais... Harap2 Incik Bulat xabiskan la durian tuh.. ehehehe..
Nar, mekasih atas durian tuh.. Terima kasih daun keladi, kalo ada hantar lagik...

Coretan kecil: ada saja rezeki masuk sejak 2 menjak nih.. Alhamdulillah...

Friday, July 10, 2009

Nasib Baik....


Terkedu seketika bila aku dpt Alert trojan cuba menyerang PC aku... Hampir terberhenti seketika nafas memikirkan data2 dlm pc aku yg melambak dan aku terlupa memback-up... Fuh.. sib baik sempat aku selamatkan.. Kalo x, nangis xberlagu la aku....

Cpt2 aku back up smua data2 aku dgn harapan aku xsmpt menangis.. yer.. mmg sempat aku back up pun... fuh....
Tadik tetiba aku teringat Audit Report yg lum disubmitkan ke Petronas utk pendaftaran.. Tah camne leh teringat lak... Bukak2 file, ambik ko... Sepatutnya kna submit awal Julai.. Sib baik la report pun baru siap.. xde la bos aku yg lagik sorg tuh nk salahkan aku nnt...
Fuhh... 2 perkara yg selamat ari ni...dan bernasib baik.... yang xbernasib baik, ialah perut aku, sbb aku lum lunch lagik... trus skip utk dinner je la..

Coretan kecil: kalau selalu bernasib baik camni, bagus gak.. tp biasalah.. langit xselalunya cerah...

Rindu

Rasa rindu lak ngan anak2 sedara kesayangan aku kat kampung sana.. da 2 bln xjmpa diorg.. asek ckp tpon ja...
NurNajiha (Along), Nur Nadira (Kak Cik), Muhammad Najmil Aiman (Adik@Aiman).. Ni lah 3 orang buah ati kesayangan aku.. Walaupun aku nih yang xdok umah sangat sejak form 1 (mula masuk asrama masa skolah menengah), tp aku rasa depa bertiga nih membesar depan mata aku..
Najiha @ Along
Kalo 14 thun lpas, 1st time aku dpt anak menakan.. punya la eksited.. seronok sbb da lama xjaga baby... tiap masa tgok Along.. mula2 meniarap, pastu menyuluq, merangkak n belajar berjalan.. aku, arwah abang n adik aku la yg paling seronok.. bwk along g jalan2... Along nih masa kecik2 mulut becok.. pntang nmpak apa, msti dia tegoq.. sejak tadika dia da mula mengaji Quran rumah tok ngah dia.. Alhamdulillah, along da berjaya khatam Quran 3 kali smpai sekarang.. da leh ajaq adik2 dia ngaji.. dia la anak kebanggaan mama ngan abah dia, bila tiap kali hari penyampaian hadiah, nama dia ja yg dipanggil... igt lagik, akak aku @ mama along crita, dia ada dgaq sorg makcik tuh ckp masa hari penyampaian hadiah " xdak nama lain ka depa nk panggil, asyik nama najiha ja,".. maybe makcik tu xperasan yg dia ckp, mak si najiha dgq...
Skrg Along da masuk skolah menengah da... Sekolah Menengah Sultanah Asma, skolah Mama dia belajar dulu... dah form 2.. tp biasa la, biasa masuk skolah menengah ni, along hadapi kejutan... Bkn Kejutan budaya.. tp kejutan cara pembelajaran dan keadaan sekeliling sekolah dia.. Dulu di sekolah rendah, situasi berbeza..Bila masuk sekolah menengah, lain lak situasi dia... Study pun kna kuat.. kna rajin bertanya... Skrg bila balik kg, along lebih suka mengadap buku2 dia.. sepanjang masa ngan buku.. Pagi g sekolah, balik sekolah ngadap homework.. Bila malam study lak.. kadang2 ksian tgok dia kna struggle untuk dpt yg dia nak.... Takut Along tertekan ngan smau nih.. Harap2 Along kuat n leh hadapi smua nih...
Nadira @ Kak Cik
Kak Cik yg nombor 2.. dia nih manja sket,... lain perangai dari along.. Cepat merajuk n tersentuh.. Dalam pelajaran dia lambat skit.. Skrg nih da darjah 4.. Walaupun dlm pelajaran dia lmbt, tp dia ni rajin wat keja umah... Kalo aku balik kg, dia la yg tlg aku kat dapur... tlg cuci pinggan.. eehehehe...
Satu ja paling penting ngan kak cik nih.. Kalo apapun, kna lebihkan dia.. Beli baju pun, kna baju dia harga sama ngan Along n Aiman... Xpun barang2 dia kna mahai dari depa.. Kalo x, msti dia tarik muka masam.. Nak xnak, kadang2 berlaku la penipuan pada tag harga baju bdak2 ni kalo aku g shopping.. ekekeke...
Lagik 1, dia ni peminat tegar SAMBAL UDANG PETAI.. tp dia nk aku je masakkan kalo aku ada kat umah.. orang lain masak xsdap.. :P
Aiman@ Adik
Nih la anak sedara laki aku yang sorang.. Budak laki yang tengah membesar n aktif terlebih... Fuh.. dia ni ikutkan ada kembaq, tp kmbaq dia xdpt diselamatkan.. Dia nih la satunya anak laki akak n abang aku.. Mmg terlebih aktif... Leh masuk tahap hyperaktif.. Penat dok berkelai ngan tok dia @ mak aku... Bak kata mak aku, seminit pun xdok diam.. Ada ja bnda dia nk wat... Pastu pintu umah kna sentiasa berkunci, kalo x msti ilang ja... Pintu dapuq yang mak aku da sendal ngan tong gas pun dia leh bukak.. umuq 4 thun da leh tarik tong gas.. Aduyai...
Thun depan dia da nk masuk tadika.. Xtau la camna nnt.. abis dia buli kwn2 dia kat sekolah.. Silap2 ari bulan mak aku p tunggu dpn pintu tadika.. ekekeke... Aku pun xleh bayangkan camna la nnt si Aiman ni nak msuk tadika.. Sakit jiwa cikgu nih nnt...
Aiman ni mmg rapat ngan PakLang@Abg Bob @ Laki aku.. Dia xpanggil Pak Lang, dia panggil Abg Bob... (maintain muda lak laki aku nih).. kalo balik kg, mmg dia da xlayan abah dia.. Dia menepek ja ngan Abg Bob dia nih.. Smpai tdoq malam pun nk tdoq skali... Tdoq tgh2 lak tuh.. (Mcm xkasi wat sepupu) :P















Inilah wajah2 kesayangan aku.. Najiha, Nadira & Aiman

Coretan kecil : Wat masa nih, korang bertiga tadak sepupu lagik.. So leh la paw maklang ngan paklang cukup2 ya.. :P

Tuesday, July 7, 2009

1st Award dari Kak Intan

Award dari kak Intan yang baru je kenal dlm dunia blog nih.. Dia kasi award nih utk pengunjung-pengunjung umah dia..
Mekasih kak Intan atas award nih.. saye gantung elok-elok dalam umah saye nih.. Umah ni xde la ramai tetamu.. X glamer cam umah org lain pun.. Sbb xde juadah menarik nak dihidangkan... Mungkin sbb si pembuat juadah ni ketandusan idea nk mencoret...
Apapun.. dari hari ke hari, terus mencuba untuk buat yang lebih baik dari semalam...
Mengenali dunia blog nih da lama.. Cuma mungkin kemalasan yang menguasai diri dan rasa terlalu mudah putus asa membuatkan ia usang seolah-olah tiada penghuni dan pengunjung...


coretan kecil :
Adakah ini permulaan? Pertengahan? Atau Pengakhiran?