Showing posts with label baby. Show all posts
Showing posts with label baby. Show all posts

Thursday, July 16, 2009

Tersentuh

Tak tau kenapa hari ni aku tersentuh.. Hati tiba-tiba menangis seolah-olah inginkan sesuatu.. Ya.... Aku inginkan sesuatu.. Aku teringin BABY... Aku teringin nk peknen, teringin nk dengar khabar itu... Teringin suamiku (Incik Bulat) mendengar khabar itu agar senyuman dia sampai ke telinga setiap masa.
Aku cuba memujuk diriku agar kesedihan ini pergi dari sini.. Biarkan ia singgah hanya seketika untuk memberi aku peringatan... Aku cuba berfikir positif supaya aku boleh bergelak ketawa kembali...
Mungkin ada hikmah sebalik kenapa kami belum dikurniakan zuriat.. Mungkin lambat sedikit dari orang lain... Kata-kata dari kawan-kawan byk memberi aku semangat kerana mereka menyokong aku.. Terima kasih kerana memahami.... Malah mereka lebih lama berkahwin dan belum dikurniakan zuriat, tetapi mereka gembira... Sering mereka katakan pada aku, "skrg masa untuk berdua dan berbulan madu,"...
tengok... anak buah aku mmg manja sgt ngan paklang dia.. kalo balik kg pun, msti dia berkepit je ngan paklang dia nih....
masa untuk berdua dulu.. peluk rapat-rapat yer
coretan kecil: mungkin masih belum rezeki... terima dengan apa yang ada... bersabar+usaha+doa... apa yang penting.... KERJASAMA