Tuesday, August 25, 2009

Berita kurang gembira untuk dikongsi

Last week g HKL wat check up sbb period aku yg xregular nih.. So, doc nasihatkan wat pap smear.. Lps wat pap smear, wat scan... Lps scan tuh, doc panggil utk bgtau keputusan check up... Huhuhuhu.. ada berita kurang sedap yg aku dengar...

Doc ckp, telo2 aku membengkak dan byk dari biasa... @ lebih dikenali PCOS... Huwaaaaaa sdih sgt bila dgr.. tp doc ckp... cuma peringkat awal.. xde ape masalah.. skrg nih cuma kna kurangkan berat badan je.. doc kasi aku Metformin utk kurangkan berat bdn...
Balik opis.. Mmg rasa sedih sgt... Pikir camne la aku nk peknen..nk ada baby cam orang lain.... Huhuhuh sedih sgt...

utk kongsi bersama pasal PCOS nih...

Polycystic ovary syndrome atau PCOS adalah suatu keadaan di mana kilang telur atau ovari pada seseorang wanita menjadi bengkak oleh sebab benih-benih telah terperangkap dalam ovari dan tidak boleh menetas pada waktu subur. Maka apabila berlaku keadaan seperti ini lama-kelamaan ovari akan membengkak dan menimbulkan berbagai jenis masalah pada wanita tersebut.

Kejadian penyakit ini kian meningkat di kalangan wanita-wanita Malaysia ke taraf yang membimbangkan kerana ia menjejaskan kesuburan dan keupayaan mereka untuk hamil dan melahirkan anak.

Wanita yang gemuk, pusingan haidnya tidak teratur dan tumbuh rambut pada kaki, badan atau muka berwaspadalah mungkin anda mengalami masalah kilang ovari bengkak atau ‘polycystic ovary’.

Apakah tanda tanda penyakit Polycystic Ovary?

1) Tidak Subur atau mandul - Kebanyakan dari pesakit-pesakit PCOS datang berjumpa doktor pakar sakit puan sebab sukar hendak hamil walaupun telah lama mencuba. Ada yang telah beberapa tahun berkahwin tetapi masih belum medapat zuriat. Ada yang berjaya mendapat anak pertama dan gagal untuk hamil lagi selepas itu. Mereka ini mudah meningkat berat badan mereka dan seringkali peningkatan ini berlaku secara mendadak.

2) Haid tidak teratur - Tanda yang biasa ialah haid yang tidak teratur, biasanya lambat datang haid dan kadang- kadang jarak antara haid menjadi begitu jauh sekali sampai hingga 3 atau 6 bulan barulah datang haid yang berikutnya. Ada setengah wanita pula sampai setahun tidak datang haid.

3) Gemuk - Tanda lain ialah peningkatan berat badan menyebabkan wanita itu gemuk atau obese. Seringkali peningkatan berat badan ini berlaku secara mendadak selepas ia berkahwin dan pada ketika itu pusingan haid pun menjadi lebih tidak teratur dan kesuburan mereka sangat kurang ataupun langsung tidak subur kerana telur tidak dapat menetas.

4) Darah haid sikit atau/dan berpanjangan - Wanita pula mengalami selain daripada pusingan haid yang begitu panjang jangka waktunya, ialah perdarahan haid yang mungkin berlaku dengan sedikit sekali, tidak seperti biasa haid akan keluar dengan sederhana selama seminggu. Tetapi wanita yang mengidap penyakit polycystic ovary akan mengalami haid yang sangat sedikit hanya menitis selama 2 atau 3 hari. Ada juga dikalangan mereka yang mengalami perdarahan yang berpanjangan sampai 15 hari ataupun 30 hari tanpa berhenti.

5) Tumbuh rambut - Setengah wanita pula tanda-tanda lain ialah tumbuh rambut pada kaki, tumbuh misai dan janggut dan juga tumbuh rambut pada bahagian tangan dan ada kalanya di bahagian dada. Ini menandakan peningkatan dalam hormon lelaki dalam darah wanita tersebut. Iaitu satu keadaan yang sering berlaku dikalangan pengidap penyakit polycystic ovary.

Bagaimana Ia terjadi

Sebenarnya punca bagi penyakit ini tidak diketahui. Mungkin satu keadaan semulajadi di mana terdapat kelainan atau gangguan pada enzim yang mengawal pembentukan hormon. Oleh itu biasanya jika dikaji paras hormon dalam darah, kita dapati wanita tersebut terganggu dalam hormon kesuburan mereka iaitu tahap hormon FSH (normal), LH – tinggi, hormon estrogen – tinggi, hormon progesterone – rendah, hormon testosterone (iaitu hormon lelaki) – tinggi. Adalah dipercayai bahawa peningkatan berat badan ada kaitan dengan peningkatan hormon testosterone dengan estrogen dalam darah wanita tersebut.

Mungkin ada ciri atau pengaruh kebakaan atau keturunan dalam penyakit ini. Walau demikian faktor pemakanan iaitu dari segi tabiat dan jenis makanan yang mengandungi banyak karbohidrat dan gula, perisa dan pengawet makan mungkin mempunyai peranan penting dalam kejadian penyakit PCOS.

Faktor stress atau tekanan fizikal dan mental yang timbul dari suasana tegang dalam perkerjaan dan rumah, pergeseran dan konflik di kalangan keluarga atau saudara-mara dan dalam kenderaan ketika memandu mungkin juga ada memainkan peranan dalam kejadian penyakit ini.


sumber: seripesona



Monday, August 10, 2009

GATAL TANGAN

Adoi... gatai tgn dok tgok blog org lain lawa...
aku pun dok nk make up blog aku...
last berterabuq!
perlukan masa untuk perbaiki..
ARRGGHHHHH

Ulangtahun Abg Azri n Kak Azni ke-30...

Bln 8 nih bln sambutan B'day.. Ramai lak family members yg b'day bln 8 nih.. Ari ni bday Arwah abang yang ke-30... Azri bin Non dilahirkan bersama kembarnya, Azni Bt Non.. Tp umur si kembar xpanjang, cuma sempat hidup untuk seminggu ja...
Huhuhuh.. terasa sedih dan rindu teramat pada abang... Dulu masa ada, tau gaduh je.. Pantang jumpa, msti gaduh... Skrg bila da xdak untuk selamanya, baru la terasa menyesal..
Sedar xsedar, da masuk 8 thun abg meninggal... Rasa mcm kejap sangat.. Masa arwah meninggal, akulah yang "paling kuat"... Mak n akak da lembik terlalu sedih.. Aku? mmg aku sdih.. tp menangis dlm ati je la... nnt kalo smua sedih n lembik.. sapa nk uruskan umah...
Abang, maafkan kak cik di atas segala silap dan salah kak cik...
Moga abg tenang di sana....

coretan kecil: rindu dan sayang pada abang xpernah luntur...andai dapat diulang putaran masa... ingin kak cik memohon segala ampun dan maaf darimu...

Friday, August 7, 2009

Penyakit O Penyakit

Hari ni da mula pakai mask.. Rasa risau semakin menebal bila bos da kna kuarantin... Bos MC hari Isnin n Selasa ari tuh.. pepagi da dpt sms " Saya Mc hari ni, xsihat"... Ades... da risau bila igt skrg nih musim berpenyakit menular sana sini.. Mtk2 la bos demam biasa je.. Pastu Rabu bos masuk opis jap... dia sain mana2 surat yang sepatutnya, lps tuh dia kuar g klinik lak.. Demam masih lum baik.. Tgahari, dpt Sms lagik "Saya sambung Mc ari ni n esok"... uish.. biar botui.. teruk gak demam bos aku nih....
Semalam bos sms, dia kat spital. Tgh tggu turn nk check up... Pastu dia ckp dia tgh tggu keputusan darah... Dlm kul 2, dpt sms lagik "SAYA POSITIF INFLUENZA A" adusssshhh.. takutnye aku.... Sib baik spnjang demam dia xde masuk opis lama2.. dtg ari rabu tu pun xsmpai sejam.. pastu dia kuar.... So skrg nih bos da kna kuarantin 1minggu kat umah... Aku? masih sihat dan tak ada petanda demam @ apa2...
Cuma semalam, balik keje, bergegas g The Mall cari mask.. Masuk farmasi Guardian ngan Watson.. leh lak xde stok... Siap sound bdk keje situ "dik, skrg nih musim berpenyakit.. ramai org nk pakai mask... order la byk2.. org akan dtg cari brg ni kat farmasi... org x g cari kat kdai runcit,"... cian budak tuh xpasal2 kna sound ngan aku.... sorry ye.. ahahaha
Sib baik la ada jual gak mask nih kat Cold Storage.. mmg byk stok kat situ.. Maybe org igt kat situ x de jual mask nih kot sbb smua org serbu farmasi je nk cari bnda nih... So kitorg beli la mask nih.. Incik Bulat lak pilih yg kaler itam... katanya nk lain dari yang lain.. Balik umah je mula la menorai..
Pagi tadi kuar umah pakai mask, rase cam alien pun ada, mcam perampok pun ada, mcm misi pun ada.. ahahaha.. rasa berkuap lak mulut nih.. pakai je la.. sabor2.. Masa jalan g LRT, org tgok semacam je... mcm aku wat salah lak.. lantak ler.. asalkan aku xde apa2..
Itulah rakyat Malaysia yang tahap kesedaran masih rendah.. Lagi sakit ati bila ada yg batuk2 xreti2 nk tutup mulut.. nak je aku salotapekan mulut tuh ngan salotape paling kuat.. apa da...

gmbr ehsan dari g00gl3...

coretan kecil : masih sihat.. tp kerisauan melanda jugak...

Wednesday, August 5, 2009

My Luvly Sista... Happy Birthday

Jumaat lepas Birthday Along Najiha (anak sulong akak aku)... Smlm (4/8) birthday mama dia lak @ akak aku... eheheh.. b'day dekat2 diorg nih...

Dah 35 tahun umur akak aku nih... dialah kakak paling baik dlm dunia... Kakak yang sanggup berkorban segalanya demi mak dan adik-adik.. Kakak yang sanggup berlapar, demi menyekolahkan adik2 supaya menjadi insan berjaya.. Kakak yang mengorbankan masa mudanya dan tidak sempat menikmati alam remaja seperti orang lain...
Seawal umur 18 tahun dia da mula kerja mencari rezeki, terpaksa lupakan impian dan cita-cita.. Masa depan adik2 lebih penting baginya... Pernah aku terbaca coretannya " Sedih bila tgok adik-adik berkata SEDAPNYA KFC bila depa tgok iklan di TV, aku berjanji nnt akan aku belikan untuk mereka"... itulah janji seorang kakak kepada dirinya untuk membahagiakan adik-adiknya walaupun kami ketiadaan ayah...
Mungkin di atas pengorbanan dia yang hampir 20 thun, kini dia mendapat ganjaran yang setimpal dan lumayan.. Dikurniakan rezeki yang murah, suami yang penyayang dan anak2 yang cerdik...
Terima kasih kakakku AZURA NON kerana menjadi kakak kami.. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan dikurniakan rezeki yang lebih...

coretan kecil : dia kakak terbaik yang pernah aku jmpa...

Friday, July 31, 2009

Happy Bday Along Najiha....


Happy Birthday Along Najiha yang ke 14...
Moga Along Panjang Umur dan murah rezeki...
Moga Along dpt capai apa yang Along nak...
Moga Along terus menjadi kebanggaan keluarga...
Moga Along dapat tunaikan impian mama, abah n keluarga..
Teruskan usaha untuk capai cita-cita Along...
Jadi anak yang solehah untuk mama nk abah...
Cucu yang terbaik untuk tok..
Kakak Yang Baik untuk adik-adik..
Anak sedara yg baik untuk maklang n paklang & Pak njang....

p/s: Along demam di hari jadi dia.. risau lak musim2 demam camni.. Mama along da bwk g Klinik.. moga xdak apa2

Wednesday, July 29, 2009

KedaiGambarKami Give Away















Sbnarnya ni 1st time join camnih.. saja mencuba2.. mcm menarik.... byk blog yg saye jengah, kebanyakkan utk mummy2 je... saye lum jadi mummy camne nk join.. memandangkan nih agak simple.. saye cuba la join.. mana la tau bertuah dpt adiah :P
Kepada tuan umah , selamat memilih mereka yang bertuah.......